Malaysia Deposit Insurance Corporation (Terms and Conditions of Membership) (Amendment) Regulations 2017
Insurer Member (General)
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE
PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (TERMA DAN SYARAT KEANGGOTAAN) (PINDAAN) 2017
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (TERMS AND CONDITIONS OF MEMBERSHIP) (AMENDMENT) REGULATIONS 2017
DISIARKAN OLEH/PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011
PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (TERMA DAN SYARAT KEANGGOTAAN) (PINDAAN) 2017
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 dan perenggan 209(1)(a) Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720], Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
- (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Terma dan Syarat Keanggotaan) (Pindaan) 2017.
(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 2 November 2017.
Pindaan peraturan 2
- Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Terma dan Syarat Keanggotaan) 2008 [P.U. (A) 314/2008], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan menggantikan takrif “pegawai kanan” dengan takrif yang berikut:
‘ “orang penting yang bertanggungjawab” ertinya orang penting yang bertanggungan atau bertanggungjawab bagi pengurusan dan pengawasan suatu institusi anggota dan hendaklah termasuk orang yang berikut atau orang yang menjawat atau bertindak atas apa-apa jawatan itu dengan apa jua gelaran disebut:
(a) pengarah institusi anggota itu;
(b) anggota Jawatankuasa Shariah institusi anggota itu;
(c) ketua pegawai eksekutif institusi anggota itu;
(d) orang yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang menyentuh keseluruhan atau sebahagian besar daripada perniagaan institusi anggota itu atau orang yang mempunyai pengaruh besar dalam pembuatan keputusan itu;
(e) orang yang terutamanya bertanggungan atau bertanggungjawab, sama ada bersendirian atau bersesama dengan orang lain, bagi melaksanakan dan menguatkuasakan polisi dan strategi yang diluluskan oleh lembaga pengarah institusi anggota itu;
(f) orang yang terutamanya bertanggungan atau bertanggungjawab, sama ada bersendirian atau bersesama dengan orang lain, bagi membangunkan dan melaksanakan sistem, kawalan dalaman dan proses bagi mengenal pasti, mengukur, memantau atau mengawal risiko institusi anggota itu; dan
(g) orang yang terutamanya bertanggungan atau bertanggungjawab, sama ada bersendirian atau bersesama dengan orang lain, bagi memantau kewajaran, kecukupan dan keberkesanan kawalan dalaman, pengurusan risiko dan pematuhan sistem dan proses institusi anggota itu, dan termasuk ketua juruaudit dalaman, ketua pengurusan risiko, ketua pematuhan, ketua pegawai kewangan, dan aktuari yang dilantik atau yang menandatangani.’.
Pindaan peraturan 3
- Peraturan 3 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “batasan” dengan perkataan “had, standard, syarat, kod”.
Peraturan baharu 3A
- Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 3 peraturan yang berikut:
“Pematuhan standard berhemat dan Shariah
3A. Suatu institusi anggota hendaklah mematuhi standard yang terpakai bagi institusi anggota itu mengenai—
(a) perkara berhemat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia di bawah seksyen 47 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan seksyen 57 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; dan
(b) perkara Shariah sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia di bawah subseksyen 29(1) dan (2) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.”.
Pindaan peraturan 4
- Peraturan 4 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Dana dan aset” dengan perkataan “Modal dan likuiditi”;
(b) dengan menggantikan perkataan “Suatu institusi anggota” dengan perkataan “Tanpa mengehadkan keluasan peraturan 3A, suatu institusi anggota”;
(c) dengan menggantikan perkataan “dana modal yang tidak terjejas oleh kerugian dan aset cair” dengan perkataan “modal dan likuiditi”; dan
(d) dengan menggantikan perkataan “kehendak” dengan perkataan “standard”.
Penggantian peraturan 5
- Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 5 dengan peraturan yang berikut:
“Amalan perniagaan dan kewangan yang kukuh
- Tanpa mengehadkan keluasan peraturan 3A, suatu institusi anggota hendaklah mempunyai amalan, proses, polisi dan prosedur pengurusan risiko, tadbir urus korporat, tadbir urus Shariah, jika berkenaan, dan kawalan berhubung dengan operasinya yang wajar, berkesan dan berhemat dan menyokong pengurusan kukuh berkenaan dengan kedudukan kewangan, perniagaan, hal ehwal dan aktivitinya.”.
Pindaan peraturan 6
- Peraturan 6 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Pegawai kanan” dengan perkataan “Orang penting yang bertanggungjawab”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “mengambil kerja pegawai kanan” dengan perkataan “menggaji atau melantik orang penting yang bertanggungjawab”.
Pindaan peraturan 8
- Peraturan 8 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dalam subperaturan (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Suatu institusi anggota” perkataan “, anggota penerima deposit dan anggota penanggung insurans”;
(b) dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“(1A) Rekod deposit yang dikehendaki untuk disediakan dan disenggara oleh suatu anggota penerima deposit di bawah subperaturan (1) hendaklah termasuk rekod deposit sama ada dilindungi atau tidak dilindungi oleh Perbadanan.
(1B) Rekod liabiliti yang dikehendaki untuk disediakan dan disenggara oleh suatu anggota penanggung insurans di bawah subperaturan (1) hendaklah termasuk liabiliti premium atau sumbangan, liabiliti tuntutan melingkungi tuntutan yang telah dibayar dan yang tertunggak, liabiliti penilaian aktuari, baki yang terhutang kepada atau daripada penanggung insurans semula atau pengendali takaful semula, sama ada dilindungi atau tidak dilindungi oleh Perbadanan.
(1C) Tertakluk kepada subperaturan (1), suatu anggota penerima deposit hendaklah—
(a) mempunyai suatu sistem liabiliti deposit yang boleh menjana maklumat yang boleh dipercayai dan tepat mengenai deposit dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan apabila dikehendaki oleh Perbadanan; dan
(b) menyimpan atau menyebabkan disimpan pada setiap masa segala rekod berkenaan dengan deposit mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(1D) Tertakluk kepada subperaturan (1), suatu anggota penanggung insurans hendaklah—
(a) mempunyai suatu sistem pengurusan yang boleh menjana maklumat yang boleh dipercayai dan tepat mengenai polisi insurans, sijil takaful dan tuntutan dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan apabila dikehendaki oleh Perbadanan; dan
(b) menyimpan atau menyebabkan disimpan pada setiap masa segala rekod berkenaan dengan polisi insurans, sijil takaful dan tuntutan mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(1E) Segala rekod yang dikehendaki untuk disenggara di bawah subperaturan ini hendaklah disenggara atau disebabkan disenggara mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Perbadanan dan boleh diakses oleh Perbadanan pada bila-bila masa tanpa apa-apa halangan.”; dan
(c) dengan memotong subperaturan (2).
Pemotongan peraturan 9
- Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong peraturan 9.
Pindaan peraturan 10
- Peraturan 10 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dalam subperaturan (1)—
(i) dengan memotong perkataan “dengan segera”; dan
(ii) dengan memasukkan selepas perkataan “suatu penyata yang telah dipinda dan diperakui sewajarnya” perkataan “dalam tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan”; dan
(b) dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “surcaj premium” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “levi”.
Pindaan peraturan 11
- Peraturan 11 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dengan menomborkan semula peraturan sedia ada sebagai subperaturan (1);
(b) dalam subperaturan (1) yang dinomborkan semula—
(i) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “suatu institusi anggota” perkataan “yang pada pendapat Perbadanan kepentingan awam menghendaki supaya suatu notis diberikan”;
(ii) dalam perenggan (b)—
(A) dengan menggantikan perkataan “deposit” dengan perkataan “liabiliti deposit, sijil takaful atau polisi insurans”; dan
(B) dengan menggantikan perkataan “diperoleh” dengan perkataan “diambil alih”; dan
(iii) dengan menggantikan perkataan “dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris, mengenai tempoh perlindungan insurans bagi deposit yang telah dipegang olehnya” dengan perkataan “, suatu notis mengenai tempoh perlindungan insurans berasingan yang berterusan bagi liabiliti deposit, sijil takaful atau polisi insurans yang telah dipegang atau dipegang olehnya”; dan
(c) dengan memasukkan selepas subperaturan (1) yang dinomborkan semula subperaturan yang berikut:
“(2) Bagi maksud perenggan (1)(b), suatu institusi anggota yang merupakan anggota pemindah hendaklah memberikan notis mengenai tempoh perlindungan insurans berasingan yang berterusan itu.”.
Pindaan peraturan 12
- Peraturan 12 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “memberitahu Perbadanan secara bertulis” dengan perkataan “mengemukakan kepada Perbadanan suatu salinan notis bertulis mengenai penyerahan balik lesennya atau notis pembatalan lesennya”;
(b) dengan menggantikan perkataan “Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]” dengan perkataan “Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013”; dan
(c) dengan menggantikan perkataan “dalam masa 7 hari dari” dengan perkataan “pada tarikh”.
Pindaan peraturan 13
- Peraturan 13 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dalam subperaturan (1)—
(i) dengan memasukkan selepas perkataan “suatu kelulusan” perkataan “atau apa-apa kelulusan yang berikutnya”;
(ii) dengan memasukkan selepas perkataan “pemindahan” di mana-mana jua terdapat perkataan “, pelupusan atau pelepasan”; dan
(iii) dengan menggantikan perkataan “atau liabiliti” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “, liabiliti, perniagaan atau kepentingan dalam syer”; dan
(b) dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:
“(2) Suatu institusi anggota hendaklah memberitahu Perbadanan secara bertulis tentang apa-apa perkembangan material terhadap mana-mana keadaan yang diluluskan yang dinyatakan dalam subperaturan (1) dalam tempoh tujuh hari dari berlakunya perkembangan material itu atau—
(a) jika perkembangan material itu berkaitan dengan penyelesaian pelaksanaan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyelesaian itu;
(b) jika perkembangan material itu berkaitan dengan penangguhan pelaksanaan secara sementara atau tetap, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kelulusan lembaga pengarah institusi anggota itu bagi penangguhan itu; atau
(c) jika perkembangan material itu berkaitan dengan penamatan keadaan yang diluluskan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kelulusan lembaga pengarah institusi anggota itu bagi penamatan itu.”.
Pindaan peraturan 14
- Peraturan 14 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dengan menomborkan semula peraturan sedia ada sebagai subperaturan (1);
(b) dalam subperaturan (1) yang dinomborkan semula—
(i) dengan menggantikan perkataan “, dalam masa 7 hari dari keadaan itu” dengan perkataan “yang boleh menjejaskan keselamatan dan kekukuhan institusi anggota itu, dengan seberapa segera selepas institusi anggota itu mengetahui tentang keadaan itu”;
(ii) dalam perenggan (a)—
(A) dengan memasukkan selepas perkataan “deposit” perkataan “atau tuntutan”;
(B) dengan memasukkan selepas perkataan “apa-apa masalah” perkataan “atau keadaan yang boleh membawa kepada”; dan
(C) dengan memasukkan selepas perkataan “perniagaannya” perkataan “dan yang memberi kesan kepada institusi anggota itu”;
(iii) dengan memotong perenggan (b);
(iv) dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu;
(v) dalam perenggan (d), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan
(vi) dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:
“(e) penemuan fraud yang material dan salah urus yang serius, yang boleh menyebabkan institusi anggota itu mengalami kerugian kewangan atau pendedahan kewangan yang teruk; atau
(f) ketidakupayaan institusi anggota itu untuk memenuhi apa-apa obligasi kematangan hutangnya atau untuk mengakses pembiayaan, yang boleh menyebabkan Bank Negara Malaysia menyediakan bantuan kecairan.”; dan
(c) dengan memasukkan selepas subperaturan (1) yang dinomborkan semula subperaturan yang berikut:
“(2) Suatu institusi anggota hendaklah memberitahu Perbadanan secara bertulis dengan seberapa segera yang praktik tentang apa-apa perubahan material kepada keadaan yang dinyatakan dalam subperaturan (1).
Pindaan peraturan 17
- Peraturan 17 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong perkataan “13, 14,”.
Pindaan peraturan 19
- Peraturan 19 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dengan memasukkan selepas perkataan “tahun kewangan institusi anggota itu” perkataan “atau apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan”; dan
(b) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “pengarah dan pegawai” dengan perkataan “orang penting yang bertanggungjawab”.
Pindaan peraturan 20
- Perenggan 20 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “pengarah dan pegawai mana-mana perbadanan berkaitan dengan institusi anggota itu pada tarikh pengemukaan kepada Perbadanan” dengan perkataan “orang penting yang bertanggungjawab atau mana-mana pegawai institusi anggota itu atau mana-mana perbadanan berkaitan dengan institusi anggota itu”;
(b) dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “mana-mana perbadanan berkaitan dengan institusi anggota itu pada tarikh pengemukaan kepada Perbadanan; atau” dengan perkataan “institusi anggota itu atau mana-mana perbadanan berkaitan dengan institusi anggota itu;”;
(c) dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan
(d) dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:
“(f) apa-apa dokumen lain institusi anggota itu atau perbadanan yang berkaitan dengan institusi anggota itu sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, termasuk dokumen yang diperlukan untuk memudahkan resolusi yang berkesan oleh Perbadanan.”.
Pemotongan peraturan 21
- Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong peraturan 21.
Pindaan peraturan 22
- Peraturan 22 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Premium, surcaj premium” dengan perkataan “Premium atau levi, surcaj premium atau levi”;
(b) dengan menggantikan perkataan “amaun premium, surcaj premium” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “amaun premium atau levi, surcaj premium atau levi”;
(c) dengan menggantikan perkataan “deposit” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “liabiliti deposit, sijil takaful atau polisi insurans”; dan
(d) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “diperoleh” dengan perkataan “diambil alih”.
Peraturan baharu 22A
- Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 22 peraturan yang berikut:
“Premium atau levi yang kena dibayar kepada Perbadanan oleh institusi anggota
22A. (1) Suatu institusi anggota dilarang daripada mengenakan caj atau memindahkan premium atau levi yang kena dibayar kepada Perbadanan kepada pendeposit, pemunya polisi atau pemunya sijil mengikut apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung.
(2) Bagi mengelakkan keraguan, levi yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans kepada Perbadanan hendaklah ditanggung oleh anggota penanggung insurans itu dan hendaklah dibayar semata-mata daripada dana pemegang saham anggota penanggung insurans itu.”.
Pemotongan peraturan 23
- Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong peraturan 23.
Dibuat 17 Oktober 2017 [PIDM/PN/03/2015; PN(PU2)689/IV]
TAN SRI DR. RAHAMAT BIVI YUSOFF Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
Diluluskan 27 Oktober 2017 [KK/SID/(S)/9/564/669/5 (SK.1); PN(PU2)689/IV]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 209(4) Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011]
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (TERMS AND CONDITIONS OF MEMBERSHIP) (AMENDMENT) REGULATIONS 2017
IN exercise of the powers conferred by section 37 and paragraph 209(1)(a) of the Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 [Act 720], the Corporation, with the approval of the Minister, makes the following regulations:
Citation and commencement
- (1) These regulations may be cited as the Malaysia Deposit Insurance Corporation (Terms and Conditions of Membership) (Amendment) Regulations 2017.
(2) These Regulations come into operation on 2 November 2017.
Amendment of regulation 2
- The Malaysia Deposit Insurance Corporation (Terms and Conditions of Membership) Regulations 2008 [P.U. (A) 314/2008], which are referred to as “the principal Regulations” in these Regulations, are amended in regulation 2 by substituting for the definition of “senior officer” the following definition:
‘ “key responsible person” means a key person that is liable or responsible for the management and oversight of a member institution and shall include the following persons or persons occupying or acting in any such position by whatever name called:
(a) a director of the member institution;
(b) a member of the Shariah Committee of the member institution;
(c) a chief executive officer of the member institution;
(d) a person who has the authority to make decisions that affect the whole or a substantial part of the business of the member institution or who has substantial influence in the making of such decisions;
(e) a person who is principally liable or responsible, either alone or jointly with another person, for implementing and enforcing policies and strategies approved by the board of directors of the member institution;
(f) a person who is principally liable or responsible, either alone or jointly with another person, for developing and implementing systems, internal controls and processes to identify, measure, monitor or control the risks of the member institution; and
(g) a person who is principally liable or responsible, either alone or jointly with another person, for monitoring the appropriateness, adequacy and effectiveness of the internal control, risk management and compliance systems and processes of the member institution, and includes the chief internal auditor, head of risk management, head of compliance, chief financial officer, and appointed or signing actuaries.’.
Amendment of regulation 3
- Regulation 3 of the principal Regulations is amended by substituting for the word “limits” the words “limits, standards, conditions, codes”.
New regulation 3A
- The principal Regulations are amended by inserting after regulation 3 the following regulation:
“Compliance with prudential and Shariah standards
3A. A member institution shall comply with the standards applicable to the member institution on—
(a) prudential matters as determined by Bank Negara Malaysia under section 47 of the Financial Services Act 2013 [Act 758] and section 57 of the Islamic Financial Services Act 2013 [Act 759]; and
(b) Shariah matters as determined by Bank Negara Malaysia under subsections 29(1) and (2) of the Islamic Financial Services Act 2013.”.
Amendment of regulation 4
- Regulation 4 of the principal Regulations is amended—
(a) in the shoulder note, by substituting for the words “funds and assets” the words “capital and liquidity”;
(b) by substituting for the words “A member institution” the words “Without limiting the generality of regulation 3A, a member institution”;
(c) by substituting for the words “capital funds unimpaired by losses and liquid assets” the words “capital and liquidity”; and
(d) by substituting for the word “requirement” the word “standard”.
Substitution of regulation 5
- The principal Regulations are amended by substituting for regulation 5 the following regulation:
“Sound financial and business practices
- Without limiting the generality of regulation 3A, a member institution shall have in place practice, process, policy and procedure of risk management, corporate governance, Shariah governance, if applicable, and control in relation to its operations which are appropriate, effective and prudent and support the sound management with respect to its financial position, business, affairs and activities.”.
Amendment of regulation 6
- Regulation 6 of the principal Regulations is amended—
(a) in the shoulder note, by substituting for the words “senior officers” the words “key responsible persons”; and
(b) by substituting for the words “employ senior officers” the words “employ or appoint key responsible persons”.
Amendment of regulation 8
- Regulation 8 of the principal Regulations is amended—
(a) in subregulation (1), by inserting after the words “A member institution” the words “, deposit-taking member and insurer member”;
(b) by inserting after subregulation (1) the following subregulations:
“(1A) The records of deposits required to be prepared and maintained by a deposit-taking member under subregulation (1) shall include records of deposits whether insured or uninsured by the Corporation.
(1B) The records of liability required to be prepared and maintained by an insurer member under subregulation (1) shall include premiums or contributions liabilities, claims liabilities covering claims paid and outstanding, actuarial valuation liabilities, balances due to or from reinsurers or retakaful operators, whether insured or uninsured by the Corporation.
(1C) Subject to subregulation (1), a deposit-taking member shall—
(a) have in place a deposit liability system that can generate reliable and accurate information on deposits within such period as determined by the Corporation when so required by the Corporation; and
(b) retain or cause to be retained at all times all records in respect of deposits in such form as determined by the Corporation.
(1D) Subject to subregulation (1), an insurer member shall—
(a) have in place a management system that can generate reliable and accurate information on insurance policies, takaful certificates and claims within such period as determined by the Corporation when so required by the Corporation; and
(b) retain or cause to be retained at all times all records in respect of insurance policies, takaful certificates and claims in such form as determined by the Corporation.
(1E) All records required to be maintained under this regulation shall be maintained or caused to be mantained in any form as determined by the Corporation and shall be accessible by the Corporation at any time without any obstruction.”; and
(c) by deleting subregulation (2).
Deletion of regulation 9
- The principal Regulations are amended by deleting regulation 9.
Amendment of regulation 10
- Regulation 10 of the principal Regulations is amended—
(a) in subregulation (1)—
(i) by deleting the word “promptly”; and
(ii) by inserting after the words “a duly amended and certified return” the words “within the period as may be specified by the Corporation”; and
(b) in subregulation (2), by substituting for the words “premium surcharge” wherever appearing the word “levy”.
Amendment of regulation 11
- Regulation 11 of the principal Regulations is amended—
(a) by renumbering the existing regulation as subregulation (1);
(b) in subregulation (1) as renumbered—
(i) in paragraph (a), by inserting after the words “a member institution” the words “which the Corporation considers that the interest of the public requires a notice to be issued”;
(ii) in paragraph (b)—
(A) by substituting for the word “deposit” the words “deposit, takaful certificate or insurance policy liabilities”; and
(B) by substituting for the word “acquired” the word “assumed”; and
(iii) by substituting for the words “and the other in English, regarding the period of insurance coverage for the deposits held by it” the words “, a notice regarding the period of continued separate insurance coverage for the deposits, takaful certificate or insurance policy liabilities that has been held or held by it”; and
(c) by inserting after subregulation (1) as renumbered the following subregulation:
“(2) For the purpose of paragraph (1)(b), a member institution who is a transferring member shall give notice regarding the period of the continued separate insurance coverage.”.
Amendment of regulation 12
- Regulation 12 of the principal Regulations is amended—
(a) by substituting for the words “notify the Corporation in writing” the words “submit to the Corporation a copy of a written notice of its surrender of licence or a notice of revocation of its licence”;
(b) by substituting for the words “Banking and Financial Institutions Act 1989 [Act 372] or Islamic Banking Act 1983 [Act 276]” the words “Financial Services Act 2013 or Islamic Financial Services Act 2013”; and
(c) by substituting for the words “within 7 days” the words “on the date”.
Amendment of regulation 13
- Regulation 13 of the principal Regulations is amended—
(a) in subregulation (1)—
(i) by inserting after the words “an approval” the words “or any subsequent approval”;
(ii) by inserting after the word “transfer” wherever appearing the words “, disposal or release”; and
(iii) by substituting for the words “or liablities” wherever appearing the words “, liabilities, business or interest in shares”; and
(b) by substituting for subregulation (2) the following subregulation:
“(2) A member institution shall notify the Corporation in writing regarding any material development to any of the approved event set out in subregulation (1) within seven days of the occurance of the material development or—
(a) where the material development relates to completion of implementation, within seven days from the date of completion;
(b) where the material development relates to temporary or permanent deferment of implementation, within seven days from the date of approval of the board of directors of the member institution for the deferment; or
(c) where the material development relates to termination of the approved event, within seven days from the date of approval of the board of directors of the member institution for the termination.”.
Amendment of regulation 14
- Regulation 14 of the principal Regulations is amended—
(a) by renumbering the existing regulation as subregulation (1);
(b) in subregulation (1) as renumbered—
(i) by substituting for the words “, within 7 days of the events” the words “that may undermine the safety and soundness of the member institution, as soon as the member institution is aware of the events”;
(ii) in paragraph (a)—
(A) by inserting after the word “deposits” the words “or claims”;
(B) by inserting after the words “any problem with” the words “or events that could lead to”; and
(C) by inserting after the words “its business” the words “and affecting the member institution”;
(iii) by deleting paragraph (b);
(iv) in paragraph (c), by deleting the word “or” at the end of the paragraph;
(v) in paragraph (d), by substituting for the fullstop at the end of the paragraph a semicolon; and
(vi) by inserting after paragraph (d) the following paragraphs:
“(e) detection of material fraud and gross mismanagement, which may lead to severe financial losses or exposure experienced by the member institution; or
(f) inability of the member institution to meet any of its maturing debt obligations or access to funding, which may lead to the provision of liquidity assistance by Bank Negara Malaysia.”; and
(c) by inserting after subregulation (1) as renumbered the following subregulation:
“(2) A member institution shall notify the Corporation in writing as soon as practicable of any material change to the event set out in subregulation (1).”.
Amendment of regulation 17
- Regulation 17 of the principal Regulations is amended by deleting the words “13, 14,”.
Amendment of regulation 19
- Regulation 19 of the principal Regulations is amended—
(a) by inserting after the words “financial year of the member institution” the words “or any period as determined by the Corporation”; and
(b) in paragraph (c), by substituting for the words “directors and officers” the words “key responsible persons”.
Amendment of regulation 20
- Paragraph 20 of the principal Regulations is amended—
(a) in paragraph (c), by substituting for the words “directors and officers of any of the related corporations of the member institution as at the date of submission to the Corporation” the words “key responsible persons or any officers of the member institution or any of the related corporations of the member institution”;
(b) in paragraph (d), by substituting for the words “any of the related corporations of the member institution as at the date of submission to the Corporation; or” the words “the member institution or any of the related corporations of the member institution;”;
(c) in paragraph (e), by substituting for the fullstop at the end of the paragraph the word “; or”; and
(d) by inserting after paragraph (e) the following paragraph:
“(f) any other document of the member institution or of the related corporations of the member institution as determined by the Corporation, including the document necessary to facilitate effective resolution by the Corporation.”.
Deletion of regulation 21
- The principal Regulations are amended by deleting regulation 21.
Amendment of regulation 22
- Regulation 22 of the principal Regulations is amended—
(a) in the shoulder note, by substituting for the words “premium, premium surcharge” the words “premium or levy, surcharge of premium or levy”;
(b) by substituting for the words “amount of premiums, premium surcharges” wherever appearing the words “amount of premiums or levies, surcharges of premiums or levies”;
(c) by substituting for the word “deposits” wherever appearing the words “deposits, takaful certificates or insurance policy liabilities”; and
(d) in paragraph (b), by substituting for the word “acquired” the word “assumed”.
New regulation 22A
- The principal Regulations are amended by inserting after regulation 22 the following regulation:
“Premium or levy payable to the Corporation by member institution
22A. (1) A member institution is prohibited from charging or transferring premiums or levies payable to the Corporation to depositors, policy owners or certificate owners in any manner, directly or indirectly.
(2) For the avoidance of doubt, levies payable by an insurer member to the Corporation shall be borne by the insurer member and shall be paid solely from the shareholders’ fund of the insurer member.”.
Deletion of regulation 23
- The principal Regulations are amended by deleting regulation 23.
Made 17 October 2017 [PIDM/PN/03/2015; PN(PU2)689/IV]
TAN SRI DR. RAHAMAT BIVI YUSOFF Chairman Malaysia Deposit Insurance Corporation
Approved 27 October 2017 [KK/SID/(S)/9/564/669/5 (SK.1); PN(PU2)689/IV]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI Second Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 209(4) of the Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011]
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (TERMA DAN SYARAT KEANGGOTAAN) (PINDAAN) 2017 MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (TERMS AND CONDITIONS OF MEMBERSHIP) (AMENDMENT) REGULATIONS 2017 DISIARKAN OLEH/PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS *** AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011 PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (TERMA DAN SYARAT KEANGGOTAAN) (PINDAAN) 2017 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 dan perenggan 209(1)(a) Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720], Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang berikut: **Nama dan permulaan kuat kuasa** 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Terma dan Syarat Keanggotaan) (Pindaan) 2017. (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 2 November 2017. **Pindaan peraturan 2** 2. Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Terma dan Syarat Keanggotaan) 2008 [P.U. (A) 314/2008], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan menggantikan takrif “pegawai kanan” dengan takrif yang berikut: ‘ “orang penting yang bertanggungjawab” ertinya orang penting yang bertanggungan atau bertanggungjawab bagi pengurusan dan pengawasan suatu institusi anggota dan hendaklah termasuk orang yang berikut atau orang yang menjawat atau bertindak atas apa-apa jawatan itu dengan apa jua gelaran disebut: (a) pengarah institusi anggota itu; (b) anggota Jawatankuasa Shariah institusi anggota itu; (c) ketua pegawai eksekutif institusi anggota itu; (d) orang yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang menyentuh keseluruhan atau sebahagian besar daripada perniagaan institusi anggota itu atau orang yang mempunyai pengaruh besar dalam pembuatan keputusan itu; (e) orang yang terutamanya bertanggungan atau bertanggungjawab, sama ada bersendirian atau bersesama dengan orang lain, bagi melaksanakan dan menguatkuasakan polisi dan strategi yang diluluskan oleh lembaga pengarah institusi anggota itu; (f) orang yang terutamanya bertanggungan atau bertanggungjawab, sama ada bersendirian atau bersesama dengan orang lain, bagi membangunkan dan melaksanakan sistem, kawalan dalaman dan proses bagi mengenal pasti, mengukur, memantau atau mengawal risiko institusi anggota itu; dan (g) orang yang terutamanya bertanggungan atau bertanggungjawab, sama ada bersendirian atau bersesama dengan orang lain, bagi memantau kewajaran, kecukupan dan keberkesanan kawalan dalaman, pengurusan risiko dan pematuhan sistem dan proses institusi anggota itu, dan termasuk ketua juruaudit dalaman, ketua pengurusan risiko, ketua pematuhan, ketua pegawai kewangan, dan aktuari yang dilantik atau yang menandatangani.’. **Pindaan peraturan 3** 3. Peraturan 3 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “batasan” dengan perkataan “had, standard, syarat, kod”. **Peraturan baharu 3A** 4. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 3 peraturan yang berikut: “Pematuhan standard berhemat dan Shariah 3A. Suatu institusi anggota hendaklah mematuhi standard yang terpakai bagi institusi anggota itu mengenai— (a) perkara berhemat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia di bawah seksyen 47 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan seksyen 57 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; dan (b) perkara Shariah sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia di bawah subseksyen 29(1) dan (2) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.”. **Pindaan peraturan 4** 5. Peraturan 4 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Dana dan aset” dengan perkataan “Modal dan likuiditi”; (b) dengan menggantikan perkataan “Suatu institusi anggota” dengan perkataan “Tanpa mengehadkan keluasan peraturan 3A, suatu institusi anggota”; (c) dengan menggantikan perkataan “dana modal yang tidak terjejas oleh kerugian dan aset cair” dengan perkataan “modal dan likuiditi”; dan (d) dengan menggantikan perkataan “kehendak” dengan perkataan “standard”. **Penggantian peraturan 5** 6. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 5 dengan peraturan yang berikut: “Amalan perniagaan dan kewangan yang kukuh 5. Tanpa mengehadkan keluasan peraturan 3A, suatu institusi anggota hendaklah mempunyai amalan, proses, polisi dan prosedur pengurusan risiko, tadbir urus korporat, tadbir urus Shariah, jika berkenaan, dan kawalan berhubung dengan operasinya yang wajar, berkesan dan berhemat dan menyokong pengurusan kukuh berkenaan dengan kedudukan kewangan, perniagaan, hal ehwal dan aktivitinya.”. **Pindaan peraturan 6** 7. Peraturan 6 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Pegawai kanan” dengan perkataan “Orang penting yang bertanggungjawab”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “mengambil kerja pegawai kanan” dengan perkataan “menggaji atau melantik orang penting yang bertanggungjawab”. **Pindaan peraturan 8** 8. Peraturan 8 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dalam subperaturan (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Suatu institusi anggota” perkataan “, anggota penerima deposit dan anggota penanggung insurans”; (b) dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut: “(1A) Rekod deposit yang dikehendaki untuk disediakan dan disenggara oleh suatu anggota penerima deposit di bawah subperaturan (1) hendaklah termasuk rekod deposit sama ada dilindungi atau tidak dilindungi oleh Perbadanan. (1B) Rekod liabiliti yang dikehendaki untuk disediakan dan disenggara oleh suatu anggota penanggung insurans di bawah subperaturan (1) hendaklah termasuk liabiliti premium atau sumbangan, liabiliti tuntutan melingkungi tuntutan yang telah dibayar dan yang tertunggak, liabiliti penilaian aktuari, baki yang terhutang kepada atau daripada penanggung insurans semula atau pengendali takaful semula, sama ada dilindungi atau tidak dilindungi oleh Perbadanan. (1C) Tertakluk kepada subperaturan (1), suatu anggota penerima deposit hendaklah— (a) mempunyai suatu sistem liabiliti deposit yang boleh menjana maklumat yang boleh dipercayai dan tepat mengenai deposit dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan apabila dikehendaki oleh Perbadanan; dan (b) menyimpan atau menyebabkan disimpan pada setiap masa segala rekod berkenaan dengan deposit mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. (1D) Tertakluk kepada subperaturan (1), suatu anggota penanggung insurans hendaklah— (a) mempunyai suatu sistem pengurusan yang boleh menjana maklumat yang boleh dipercayai dan tepat mengenai polisi insurans, sijil takaful dan tuntutan dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan apabila dikehendaki oleh Perbadanan; dan (b) menyimpan atau menyebabkan disimpan pada setiap masa segala rekod berkenaan dengan polisi insurans, sijil takaful dan tuntutan mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. (1E) Segala rekod yang dikehendaki untuk disenggara di bawah subperaturan ini hendaklah disenggara atau disebabkan disenggara mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Perbadanan dan boleh diakses oleh Perbadanan pada bila-bila masa tanpa apa-apa halangan.”; dan (c) dengan memotong subperaturan (2). **Pemotongan peraturan 9** 9. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong peraturan 9. **Pindaan peraturan 10** 10. Peraturan 10 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dalam subperaturan (1)— (i) dengan memotong perkataan “dengan segera”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “suatu penyata yang telah dipinda dan diperakui sewajarnya” perkataan “dalam tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan”; dan (b) dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “surcaj premium” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “levi”. **Pindaan peraturan 11** 11. Peraturan 11 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula peraturan sedia ada sebagai subperaturan (1); (b) dalam subperaturan (1) yang dinomborkan semula— (i) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “suatu institusi anggota” perkataan “yang pada pendapat Perbadanan kepentingan awam menghendaki supaya suatu notis diberikan”; (ii) dalam perenggan (b)— (A) dengan menggantikan perkataan “deposit” dengan perkataan “liabiliti deposit, sijil takaful atau polisi insurans”; dan (B) dengan menggantikan perkataan “diperoleh” dengan perkataan “diambil alih”; dan (iii) dengan menggantikan perkataan “dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris, mengenai tempoh perlindungan insurans bagi deposit yang telah dipegang olehnya” dengan perkataan “, suatu notis mengenai tempoh perlindungan insurans berasingan yang berterusan bagi liabiliti deposit, sijil takaful atau polisi insurans yang telah dipegang atau dipegang olehnya”; dan (c) dengan memasukkan selepas subperaturan (1) yang dinomborkan semula subperaturan yang berikut: “(2) Bagi maksud perenggan (1)(b), suatu institusi anggota yang merupakan anggota pemindah hendaklah memberikan notis mengenai tempoh perlindungan insurans berasingan yang berterusan itu.”. **Pindaan peraturan 12** 12. Peraturan 12 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “memberitahu Perbadanan secara bertulis” dengan perkataan “mengemukakan kepada Perbadanan suatu salinan notis bertulis mengenai penyerahan balik lesennya atau notis pembatalan lesennya”; (b) dengan menggantikan perkataan “Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]” dengan perkataan “Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013”; dan (c) dengan menggantikan perkataan “dalam masa 7 hari dari” dengan perkataan “pada tarikh”. **Pindaan peraturan 13** 13. Peraturan 13 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dalam subperaturan (1)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “suatu kelulusan” perkataan “atau apa-apa kelulusan yang berikutnya”; (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “pemindahan” di mana-mana jua terdapat perkataan “, pelupusan atau pelepasan”; dan (iii) dengan menggantikan perkataan “atau liabiliti” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “, liabiliti, perniagaan atau kepentingan dalam syer”; dan (b) dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut: “(2) Suatu institusi anggota hendaklah memberitahu Perbadanan secara bertulis tentang apa-apa perkembangan material terhadap mana-mana keadaan yang diluluskan yang dinyatakan dalam subperaturan (1) dalam tempoh tujuh hari dari berlakunya perkembangan material itu atau— (a) jika perkembangan material itu berkaitan dengan penyelesaian pelaksanaan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyelesaian itu; (b) jika perkembangan material itu berkaitan dengan penangguhan pelaksanaan secara sementara atau tetap, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kelulusan lembaga pengarah institusi anggota itu bagi penangguhan itu; atau (c) jika perkembangan material itu berkaitan dengan penamatan keadaan yang diluluskan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kelulusan lembaga pengarah institusi anggota itu bagi penamatan itu.”. **Pindaan peraturan 14** 14. Peraturan 14 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula peraturan sedia ada sebagai subperaturan (1); (b) dalam subperaturan (1) yang dinomborkan semula— (i) dengan menggantikan perkataan “, dalam masa 7 hari dari keadaan itu” dengan perkataan “yang boleh menjejaskan keselamatan dan kekukuhan institusi anggota itu, dengan seberapa segera selepas institusi anggota itu mengetahui tentang keadaan itu”; (ii) dalam perenggan (a)— (A) dengan memasukkan selepas perkataan “deposit” perkataan “atau tuntutan”; (B) dengan memasukkan selepas perkataan “apa-apa masalah” perkataan “atau keadaan yang boleh membawa kepada”; dan (C) dengan memasukkan selepas perkataan “perniagaannya” perkataan “dan yang memberi kesan kepada institusi anggota itu”; (iii) dengan memotong perenggan (b); (iv) dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu; (v) dalam perenggan (d), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan (vi) dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut: “(e) penemuan fraud yang material dan salah urus yang serius, yang boleh menyebabkan institusi anggota itu mengalami kerugian kewangan atau pendedahan kewangan yang teruk; atau (f) ketidakupayaan institusi anggota itu untuk memenuhi apa-apa obligasi kematangan hutangnya atau untuk mengakses pembiayaan, yang boleh menyebabkan Bank Negara Malaysia menyediakan bantuan kecairan.”; dan (c) dengan memasukkan selepas subperaturan (1) yang dinomborkan semula subperaturan yang berikut: “(2) Suatu institusi anggota hendaklah memberitahu Perbadanan secara bertulis dengan seberapa segera yang praktik tentang apa-apa perubahan material kepada keadaan yang dinyatakan dalam subperaturan (1). **Pindaan peraturan 17** 15. Peraturan 17 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong perkataan “13, 14,”. **Pindaan peraturan 19** 16. Peraturan 19 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “tahun kewangan institusi anggota itu” perkataan “atau apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan”; dan (b) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “pengarah dan pegawai” dengan perkataan “orang penting yang bertanggungjawab”. **Pindaan peraturan 20** 17. Perenggan 20 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “pengarah dan pegawai mana-mana perbadanan berkaitan dengan institusi anggota itu pada tarikh pengemukaan kepada Perbadanan” dengan perkataan “orang penting yang bertanggungjawab atau mana-mana pegawai institusi anggota itu atau mana-mana perbadanan berkaitan dengan institusi anggota itu”; (b) dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “mana-mana perbadanan berkaitan dengan institusi anggota itu pada tarikh pengemukaan kepada Perbadanan; atau” dengan perkataan “institusi anggota itu atau mana-mana perbadanan berkaitan dengan institusi anggota itu;”; (c) dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan (d) dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut: “(f) apa-apa dokumen lain institusi anggota itu atau perbadanan yang berkaitan dengan institusi anggota itu sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, termasuk dokumen yang diperlukan untuk memudahkan resolusi yang berkesan oleh Perbadanan.”. **Pemotongan peraturan 21** 18. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong peraturan 21. **Pindaan peraturan 22** 19. Peraturan 22 Peraturan-Peraturan ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Premium, surcaj premium” dengan perkataan “Premium atau levi, surcaj premium atau levi”; (b) dengan menggantikan perkataan “amaun premium, surcaj premium” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “amaun premium atau levi, surcaj premium atau levi”; (c) dengan menggantikan perkataan “deposit” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “liabiliti deposit, sijil takaful atau polisi insurans”; dan (d) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “diperoleh” dengan perkataan “diambil alih”. **Peraturan baharu 22A** 20. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 22 peraturan yang berikut: “Premium atau levi yang kena dibayar kepada Perbadanan oleh institusi anggota 22A. (1) Suatu institusi anggota dilarang daripada mengenakan caj atau memindahkan premium atau levi yang kena dibayar kepada Perbadanan kepada pendeposit, pemunya polisi atau pemunya sijil mengikut apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung. (2) Bagi mengelakkan keraguan, levi yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans kepada Perbadanan hendaklah ditanggung oleh anggota penanggung insurans itu dan hendaklah dibayar semata-mata daripada dana pemegang saham anggota penanggung insurans itu.”. **Pemotongan peraturan 23** 21. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong peraturan 23. Dibuat 17 Oktober 2017 [PIDM/PN/03/2015; PN(PU2)689/IV] TAN SRI DR. RAHAMAT BIVI YUSOFF Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Diluluskan 27 Oktober 2017 [KK/SID/(S)/9/564/669/5 (SK.1); PN(PU2)689/IV] DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI Menteri Kewangan Kedua [Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 209(4) Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011] *** MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011 MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (TERMS AND CONDITIONS OF MEMBERSHIP) (AMENDMENT) REGULATIONS 2017 IN exercise of the powers conferred by section 37 and paragraph 209(1)(a) of the Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 [Act 720], the Corporation, with the approval of the Minister, makes the following regulations: **Citation and commencement** 1. (1) These regulations may be cited as the Malaysia Deposit Insurance Corporation (Terms and Conditions of Membership) (Amendment) Regulations 2017. (2) These Regulations come into operation on 2 November 2017. **Amendment of regulation 2** 2. The Malaysia Deposit Insurance Corporation (Terms and Conditions of Membership) Regulations 2008 [P.U. (A) 314/2008], which are referred to as “the principal Regulations” in these Regulations, are amended in regulation 2 by substituting for the definition of “senior officer” the following definition: ‘ “key responsible person” means a key person that is liable or responsible for the management and oversight of a member institution and shall include the following persons or persons occupying or acting in any such position by whatever name called: (a) a director of the member institution; (b) a member of the Shariah Committee of the member institution; (c) a chief executive officer of the member institution; (d) a person who has the authority to make decisions that affect the whole or a substantial part of the business of the member institution or who has substantial influence in the making of such decisions; (e) a person who is principally liable or responsible, either alone or jointly with another person, for implementing and enforcing policies and strategies approved by the board of directors of the member institution; (f) a person who is principally liable or responsible, either alone or jointly with another person, for developing and implementing systems, internal controls and processes to identify, measure, monitor or control the risks of the member institution; and (g) a person who is principally liable or responsible, either alone or jointly with another person, for monitoring the appropriateness, adequacy and effectiveness of the internal control, risk management and compliance systems and processes of the member institution, and includes the chief internal auditor, head of risk management, head of compliance, chief financial officer, and appointed or signing actuaries.’. **Amendment of regulation 3** 3. Regulation 3 of the principal Regulations is amended by substituting for the word “limits” the words “limits, standards, conditions, codes”. **New regulation 3A** 4. The principal Regulations are amended by inserting after regulation 3 the following regulation: “Compliance with prudential and Shariah standards 3A. A member institution shall comply with the standards applicable to the member institution on— (a) prudential matters as determined by Bank Negara Malaysia under section 47 of the Financial Services Act 2013 [Act 758] and section 57 of the Islamic Financial Services Act 2013 [Act 759]; and (b) Shariah matters as determined by Bank Negara Malaysia under subsections 29(1) and (2) of the Islamic Financial Services Act 2013.”. **Amendment of regulation 4** 5. Regulation 4 of the principal Regulations is amended— (a) in the shoulder note, by substituting for the words “funds and assets” the words “capital and liquidity”; (b) by substituting for the words “A member institution” the words “Without limiting the generality of regulation 3A, a member institution”; (c) by substituting for the words “capital funds unimpaired by losses and liquid assets” the words “capital and liquidity”; and (d) by substituting for the word “requirement” the word “standard”. **Substitution of regulation 5** 6. The principal Regulations are amended by substituting for regulation 5 the following regulation: “Sound financial and business practices 5. Without limiting the generality of regulation 3A, a member institution shall have in place practice, process, policy and procedure of risk management, corporate governance, Shariah governance, if applicable, and control in relation to its operations which are appropriate, effective and prudent and support the sound management with respect to its financial position, business, affairs and activities.”. **Amendment of regulation 6** 7. Regulation 6 of the principal Regulations is amended— (a) in the shoulder note, by substituting for the words “senior officers” the words “key responsible persons”; and (b) by substituting for the words “employ senior officers” the words “employ or appoint key responsible persons”. **Amendment of regulation 8** 8. Regulation 8 of the principal Regulations is amended— (a) in subregulation (1), by inserting after the words “A member institution” the words “, deposit-taking member and insurer member”; (b) by inserting after subregulation (1) the following subregulations: “(1A) The records of deposits required to be prepared and maintained by a deposit-taking member under subregulation (1) shall include records of deposits whether insured or uninsured by the Corporation. (1B) The records of liability required to be prepared and maintained by an insurer member under subregulation (1) shall include premiums or contributions liabilities, claims liabilities covering claims paid and outstanding, actuarial valuation liabilities, balances due to or from reinsurers or retakaful operators, whether insured or uninsured by the Corporation. (1C) Subject to subregulation (1), a deposit-taking member shall— (a) have in place a deposit liability system that can generate reliable and accurate information on deposits within such period as determined by the Corporation when so required by the Corporation; and (b) retain or cause to be retained at all times all records in respect of deposits in such form as determined by the Corporation. (1D) Subject to subregulation (1), an insurer member shall— (a) have in place a management system that can generate reliable and accurate information on insurance policies, takaful certificates and claims within such period as determined by the Corporation when so required by the Corporation; and (b) retain or cause to be retained at all times all records in respect of insurance policies, takaful certificates and claims in such form as determined by the Corporation. (1E) All records required to be maintained under this regulation shall be maintained or caused to be mantained in any form as determined by the Corporation and shall be accessible by the Corporation at any time without any obstruction.”; and (c) by deleting subregulation (2). **Deletion of regulation 9** 9. The principal Regulations are amended by deleting regulation 9. **Amendment of regulation 10** 10. Regulation 10 of the principal Regulations is amended— (a) in subregulation (1)— (i) by deleting the word “promptly”; and (ii) by inserting after the words “a duly amended and certified return” the words “within the period as may be specified by the Corporation”; and (b) in subregulation (2), by substituting for the words “premium surcharge” wherever appearing the word “levy”. **Amendment of regulation 11** 11. Regulation 11 of the principal Regulations is amended— (a) by renumbering the existing regulation as subregulation (1); (b) in subregulation (1) as renumbered— (i) in paragraph (a), by inserting after the words “a member institution” the words “which the Corporation considers that the interest of the public requires a notice to be issued”; (ii) in paragraph (b)— (A) by substituting for the word “deposit” the words “deposit, takaful certificate or insurance policy liabilities”; and (B) by substituting for the word “acquired” the word “assumed”; and (iii) by substituting for the words “and the other in English, regarding the period of insurance coverage for the deposits held by it” the words “, a notice regarding the period of continued separate insurance coverage for the deposits, takaful certificate or insurance policy liabilities that has been held or held by it”; and (c) by inserting after subregulation (1) as renumbered the following subregulation: “(2) For the purpose of paragraph (1)(b), a member institution who is a transferring member shall give notice regarding the period of the continued separate insurance coverage.”. **Amendment of regulation 12** 12. Regulation 12 of the principal Regulations is amended— (a) by substituting for the words “notify the Corporation in writing” the words “submit to the Corporation a copy of a written notice of its surrender of licence or a notice of revocation of its licence”; (b) by substituting for the words “Banking and Financial Institutions Act 1989 [Act 372] or Islamic Banking Act 1983 [Act 276]” the words “Financial Services Act 2013 or Islamic Financial Services Act 2013”; and (c) by substituting for the words “within 7 days” the words “on the date”. **Amendment of regulation 13** 13. Regulation 13 of the principal Regulations is amended— (a) in subregulation (1)— (i) by inserting after the words “an approval” the words “or any subsequent approval”; (ii) by inserting after the word “transfer” wherever appearing the words “, disposal or release”; and (iii) by substituting for the words “or liablities” wherever appearing the words “, liabilities, business or interest in shares”; and (b) by substituting for subregulation (2) the following subregulation: “(2) A member institution shall notify the Corporation in writing regarding any material development to any of the approved event set out in subregulation (1) within seven days of the occurance of the material development or— (a) where the material development relates to completion of implementation, within seven days from the date of completion; (b) where the material development relates to temporary or permanent deferment of implementation, within seven days from the date of approval of the board of directors of the member institution for the deferment; or (c) where the material development relates to termination of the approved event, within seven days from the date of approval of the board of directors of the member institution for the termination.”. **Amendment of regulation 14** 14. Regulation 14 of the principal Regulations is amended— (a) by renumbering the existing regulation as subregulation (1); (b) in subregulation (1) as renumbered— (i) by substituting for the words “, within 7 days of the events” the words “that may undermine the safety and soundness of the member institution, as soon as the member institution is aware of the events”; (ii) in paragraph (a)— (A) by inserting after the word “deposits” the words “or claims”; (B) by inserting after the words “any problem with” the words “or events that could lead to”; and (C) by inserting after the words “its business” the words “and affecting the member institution”; (iii) by deleting paragraph (b); (iv) in paragraph (c), by deleting the word “or” at the end of the paragraph; (v) in paragraph (d), by substituting for the fullstop at the end of the paragraph a semicolon; and (vi) by inserting after paragraph (d) the following paragraphs: “(e) detection of material fraud and gross mismanagement, which may lead to severe financial losses or exposure experienced by the member institution; or (f) inability of the member institution to meet any of its maturing debt obligations or access to funding, which may lead to the provision of liquidity assistance by Bank Negara Malaysia.”; and (c) by inserting after subregulation (1) as renumbered the following subregulation: “(2) A member institution shall notify the Corporation in writing as soon as practicable of any material change to the event set out in subregulation (1).”. **Amendment of regulation 17** 15. Regulation 17 of the principal Regulations is amended by deleting the words “13, 14,”. **Amendment of regulation 19** 16. Regulation 19 of the principal Regulations is amended— (a) by inserting after the words “financial year of the member institution” the words “or any period as determined by the Corporation”; and (b) in paragraph (c), by substituting for the words “directors and officers” the words “key responsible persons”. **Amendment of regulation 20** 17. Paragraph 20 of the principal Regulations is amended— (a) in paragraph (c), by substituting for the words “directors and officers of any of the related corporations of the member institution as at the date of submission to the Corporation” the words “key responsible persons or any officers of the member institution or any of the related corporations of the member institution”; (b) in paragraph (d), by substituting for the words “any of the related corporations of the member institution as at the date of submission to the Corporation; or” the words “the member institution or any of the related corporations of the member institution;”; (c) in paragraph (e), by substituting for the fullstop at the end of the paragraph the word “; or”; and (d) by inserting after paragraph (e) the following paragraph: “(f) any other document of the member institution or of the related corporations of the member institution as determined by the Corporation, including the document necessary to facilitate effective resolution by the Corporation.”. **Deletion of regulation 21** 18. The principal Regulations are amended by deleting regulation 21. **Amendment of regulation 22** 19. Regulation 22 of the principal Regulations is amended— (a) in the shoulder note, by substituting for the words “premium, premium surcharge” the words “premium or levy, surcharge of premium or levy”; (b) by substituting for the words “amount of premiums, premium surcharges” wherever appearing the words “amount of premiums or levies, surcharges of premiums or levies”; (c) by substituting for the word “deposits” wherever appearing the words “deposits, takaful certificates or insurance policy liabilities”; and (d) in paragraph (b), by substituting for the word “acquired” the word “assumed”. **New regulation 22A** 20. The principal Regulations are amended by inserting after regulation 22 the following regulation: “Premium or levy payable to the Corporation by member institution 22A. (1) A member institution is prohibited from charging or transferring premiums or levies payable to the Corporation to depositors, policy owners or certificate owners in any manner, directly or indirectly. (2) For the avoidance of doubt, levies payable by an insurer member to the Corporation shall be borne by the insurer member and shall be paid solely from the shareholders’ fund of the insurer member.”. **Deletion of regulation 23** 21. The principal Regulations are amended by deleting regulation 23. Made 17 October 2017 [PIDM/PN/03/2015; PN(PU2)689/IV] TAN SRI DR. RAHAMAT BIVI YUSOFF Chairman Malaysia Deposit Insurance Corporation Approved 27 October 2017 [KK/SID/(S)/9/564/669/5 (SK.1); PN(PU2)689/IV] DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI Second Minister of Finance [To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 209(4) of the Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011]
Change History
No changes detected for this document.
Changes will appear when the scraper detects modifications.