Malaysia Deposit Insurance Corporation (Provision of Information on Takaful and Insurance Benefits Protection) Regulations 2022 (in operation 1 June 2024) (“TIPS Information Regulations”)

Insurer Member (Takaful & Insurance Benefits Protection)

PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI PERLINDUNGAN MANFAAT TAKAFUL DAN INSURANS) 2022

MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (PROVISION OF INFORMATION ON TAKAFUL AND INSURANCE BENEFITS PROTECTION) REGULATIONS 2022

AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 209 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720], Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

  1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Peruntukan Maklumat mengenai Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans) 2022.

(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2024.

Ketidakpakaian

  1. Peraturan-Peraturan ini tidak terpakai kepada perniagaan insurans Labuan atau aktiviti berkaitan insurans Labuan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] atau perniagaan takaful Labuan atau aktiviti berkaitan takaful Labuan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705], yang dijalankan oleh suatu anggota penanggung insurans.

Tafsiran

  1. Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini—

“Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans” ertinya brosur Perbadanan yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans;

“dokumen polisi insurans” termasuklah suatu kontrak insurans dalam bentuk bercetak atau elektronik, sama ada atau tidak terkandung dalam atau ditunjukkan oleh suatu surat cara dalam bentuk dokumen polisi insurans, tetapi tidak termasuk suatu nota perlindungan, dan berkenaan dengan suatu polisi kumpulan, suatu sijil individu yang dikeluarkan di bawah polisi kumpulan itu;

“dokumen sijil takaful” termasuk suatu kontrak takaful dalam bentuk bercetak atau elektronik, sama ada atau tidak terkandung dalam atau ditunjukkan oleh suatu surat cara dalam bentuk dokumen sijil takaful, tetapi tidak termasuk suatu nota perlindungan takaful, dan berkenaan dengan suatu sijil kumpulan, suatu sijil individu yang dikeluarkan di bawah sijil kumpulan itu;

“ejen insurans” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan termasuk rakan kongsi bankasurans;

“ejen takaful” mempunyai erti yang sama sebagaimana ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] dan termasuk rakan kongsi bankatakaful;

“iklan” ertinya penyebaran atau penyampaian maklumat, pelawaan atau permintaan, sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik (termasuk pada laman sesawang, aplikasi mudah alih, laman rangkaian sosial, rencana blog yang ditaja dan melalui e-mel) bagi maksud memberikan maklumat mengenai suatu produk takaful atau insurans, atau mempromosikan atau menawarkan jualan suatu produk takaful atau insurans, termasuk melalui—

(a) penyiaran dalam akhbar, majalah, jurnal atau terbitan berkala lain;

(b) pameran sepanduk, panji-panji, poster atau notis; dan

(c) pekeliling, surat sebaran, brosur, risalah, lembaran penzahiran produk, ilustrasi produk, ilustrasi jualan atau pemasaran, lembaran maklumat, sebut harga, buku atau dokumen lain,

tetapi tidak termasuk iklan melalui papan iklan, promosi video dalam talian, televisyen, radio, sepanduk dalam talian, alat tulis dan barang promosi;

“bukan institusi anggota” ertinya mana-mana orang selain suatu institusi anggota;

“pengantara” merujuk kepada orang yang terlibat dalam pemasaran dan jualan suatu produk takaful atau insurans dan termasuk broker insurans dan penasihat kewangan tetapi tidak termasuk ejen takaful dan ejen insurans;

“premis” ertinya suatu tempat perniagaan utama, suatu cawangan, suatu tempat perniagaan bergerak, suatu tempat perniagaan yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi suatu tempoh terhad sahaja dan mana-mana tempat perniagaan lain di Malaysia yang perniagaan takaful atau insurans dijalankan tetapi tidak termasuk premis ejen takaful, ejen insurans dan pengantara;

“perniagaan insurans” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

“perniagaan takaful” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

“pernyataan gesaan bertindak” ertinya pernyataan dalam bentuk dan kandungan yang ditentukan oleh Perbadanan, bertujuan untuk memaklumkan pembaca berkenaan dengan perlindungan di bawah sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans;

“representasi keanggotaan” ertinya suatu representasi dalam bentuk dan kandungan yang ditentukan oleh Perbadanan, berkenaan dengan status sebagai suatu anggota penanggung insurans; dan

“surat-menyurat” termasuk—

(a) penyata tahunan dan penyata cukai tahunan kepada pemunya sijil atau polisi suatu sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat;

(b) penyata kepada pemunya sijil atau polisi suatu sijil atau polisi berkaitan pelaburan;

(c) notis pembaharuan kepada pemunya sijil atau polisi; dan

(d) apa-apa dokumen lain yang ditentukan oleh Perbadanan.

Am

  1. Suatu anggota penanggung insurans hendaklah membuat representasi yang benar, betul dan lengkap berkenaan dengan—

(a) perkara yang menjadi, atau tidak menjadikan, suatu manfaat dilindungi; dan

(b) statusnya sebagai suatu anggota penanggung insurans.

Mempamerkan representasi keanggotaan dan Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans dalam premis

  1. Suatu anggota penanggung insurans hendaklah mempamerkan—

(a) suatu representasi keanggotaan yang disediakan oleh Perbadanan secara ketara di pintu masuk utama setiap premisnya, dalam apa-apa cara dan tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(b) salinan Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans secara ketara di setiap premisnya dalam tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan dan hendaklah menyediakan salinan Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans itu kepada pemunya sijil atau polisi atau orang lain.

Mempamerkan representasi keanggotaan dan Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans pada laman sesawang, aplikasi mudah alih dan akaun dalam laman rangkaian sosial

  1. (1) Apabila suatu anggota penanggung insurans mempunyai laman sesawang atau aplikasi mudah alihnya sendiri, atau berkongsi suatu laman sesawang atau aplikasi mudah alih dengan orang lain, Perbadanan boleh menghendaki anggota penanggung insurans itu untuk mempamerkan pada laman sesawang atau aplikasi mudah alih itu mana-mana yang berikut:

(a) suatu representasi keanggotaan; dan

(b) suatu hiperpautan kepada halaman sesawang yang Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans itu dipamerkan,

dalam apa-apa cara dan tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(2) Apabila suatu anggota penanggung insurans mempunyai suatu akaun di mana-mana laman rangkaian sosial bagi maksud memberikan maklumat mengenai produk takaful atau insuransnya atau mempromosikan atau menawarkan jualan produk takaful atau insuransnya, anggota penanggung insurans itu hendaklah mempamerkan suatu representasi keanggotaan dalam apa-apa cara dan tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan.

Mempamerkan representasi keanggotaan dan pernyataan gesaan bertindak dalam iklan

  1. (1) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah mempamerkan dalam iklannya yang mengandungi maklumat mengenai produk takaful atau insurans—

(a) suatu representasi keanggotaan; dan

(b) suatu pernyataan gesaan bertindak.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), apabila suatu iklan dikehendaki oleh mana-mana pihak berkuasa pengawal selia kewangan di Malaysia, termasuk Bank Negara Malaysia, dalam suatu format yang ditetapkan, suatu anggota penanggung insurans hendaklah mempamerkan suatu pernyataan gesaan bertindak dalam iklan itu.

(3) Bagi maksud subperaturan (1) dan (2), representasi keanggotaan dan pernyataan gesaan bertindak itu hendaklah dipamerkan dalam apa-apa cara dan tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(4) Peraturan ini hendaklah terpakai kepada apa-apa iklan yang disebut dalam subperaturan (1) dan (2) yang merujuk kepada—

(a) suatu anggota penanggung insurans sahaja; atau

(b) suatu anggota penanggung insurans dan bukan suatu anggota penanggung insurans.

Penzahiran pada masa jualan

  1. (1) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah, pada masa jualan, menzahirkan dan menerangkan kepada bakal pemunya sijil atau polisi, maklumat yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, termasuk skop perlindungan dan had manfaat dilindungi.

(2) Bagi maksud subperaturan (1)—

(a) berhubung dengan sijil atau polisi kumpulan, bakal pemunya sijil atau polisi ertinya bakal pemunya sijil atau polisi kumpulan itu;

(b) yang berikut hendaklah menjadi masa jualan itu:

(i) peringkat cadangan dan sebelum suatu sijil takaful atau polisi insurans dikeluarkan oleh anggota penanggung insurans kepada bakal pemunya sijil atau polisi itu;

(ii) peringkat cadangan bagi pembelian rider atau manfaat takaful atau insurans tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(iii) apabila terdapat suatu perubahan dalam status perlindungan suatu manfaat takaful atau insurans di bawah sijil takaful atau polisi insurans itu; dan

(c) tertakluk kepada subperenggan 2(b)(ii) dan (iii), dan subperaturan 9(1), proses memperbaharui suatu kontrak takaful atau kontrak insurans tidak boleh dianggap sebagai pada masa jualan itu.

Sijil takaful atau polisi insurans sedia ada yang telah dikeluarkan sebelum tarikh kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini

  1. (1) Berhubung dengan suatu sijil takaful atau polisi insurans sedia ada yang telah dikeluarkan oleh suatu anggota penanggung insurans sebelum tarikh kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini (yang disebut dalam Peraturan-Peraturan ini sebagai “Sijil atau Polisi Sedia Ada”) dan Sijil atau Polisi Sedia Ada itu adalah suatu sijil takaful atau polisi insurans yang boleh diperbaharui setiap tahun, anggota penanggung insurans itu hendaklah menzahirkan dan menerangkan kepada pemunya sijil atau polisi, maklumat yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, termasuk skop perlindungan dan had manfaat dilindungi, pada masa yang berikut:

(a) pada pembaharuan pertama Sijil atau Polisi Sedia Ada itu;

(b) selepas pembaharuan pertama, pada peringkat cadangan bagi pembelian rider atau manfaat takaful atau insurans tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(c) selepas pembaharuan pertama, apabila terdapat suatu perubahan dalam status perlindungan suatu manfaat takaful atau insurans di bawah Sijil atau Polisi Sedia Ada itu.

(2) Berhubung dengan suatu Sijil atau Polisi Sedia Ada selain suatu sijil takaful atau polisi insurans yang boleh diperbaharui setiap tahun—

(a) anggota penanggung insurans hendaklah menghantar suatu penyata pemberitahuan sekali yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans dalam bentuk, kandungan dan dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan kepada pemunya sijil atau polisi, dan hendaklah meminta pemunya sijil atau polisi untuk merujuk kepada Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans di premis atau laman sesawang anggota penanggung insurans itu, atau laman sesawang Perbadanan;

(b) pemberitahuan kepada pemunya sijil atau polisi yang disebut dalam perenggan (a) itu tidaklah termasuk penyiaran dalam akhbar atau cara komunikasi massa yang lain atau perletakan notis di premis atau laman sesawang anggota penanggung insurans itu; dan

(c) walau apa pun pengeluaran pemberitahuan yang disebut dalam perenggan (a) dan semasa tempoh Sijil atau Polisi Sedia Ada itu, anggota penanggung insurans itu hendaklah menzahirkan dan menerangkan kepada pemunya sijil atau polisi, maklumat yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful atau insurans, termasuk skop perlindungan dan had manfaat dilindungi, pada masa yang berikut:

(i) pada peringkat cadangan untuk pembelian rider atau manfaat takaful atau insurans tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(ii) apabila terdapat suatu perubahan dalam status perlindungan suatu manfaat takaful atau insurans di bawah Sijil atau Polisi Sedia Ada itu.

Pernyataan gesaan bertindak dalam surat-menyurat, dokumen sijil takaful dan dokumen polisi insurans

  1. Suatu anggota penanggung insurans hendaklah memasukkan suatu pernyataan gesaan bertindak—

(a) dalam surat-menyuratnya yang dikeluarkan kepada pemunya sijil atau polisi; dan

(b) dalam dokumen sijil takaful atau dokumen polisi insuransnya yang dikeluarkan kepada pemunya sijil atau polisi,

dalam apa-apa cara dan tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

Bekalan iklan, surat-menyurat, dokumen sijil takaful dan dokumen polisi insurans sedia ada

  1. (1) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah mematuhi kehendak peraturan 7 dan 10, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada bekalan iklan, surat-menyurat, dokumen sijil takaful dan dokumen polisi insuransnya yang sedia ada.

(2) Bagi maksud subperaturan (1), suatu anggota penanggung insurans boleh menampalkan suatu cap atau suatu pelekat yang mengandungi suatu pernyataan gesaan bertindak pada mana-mana bekalan iklan, surat-menyurat, dokumen sijil takaful dan dokumen polisi insuransnya yang sedia ada.

Ejen takaful, ejen insurans dan pengantara

  1. (1) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah memastikan ejen takaful atau ejen insuransnya—

(a) mematuhi kehendak perenggan 4(a), peraturan 7, 8, 9, 11 dan apa-apa kehendak lain Peraturan-Peraturan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(b) membuat penzahiran yang mencukupi dan tepat bahawa mereka adalah ejen takaful atau ejen insurans anggota penanggung insurans itu dan anggota penanggung insurans itu hendaklah memastikan bahawa ejen takaful atau ejen insurans yang bukan institusi anggota tidak menggambarkan diri mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sebagai seorang anggota Perbadanan.

(2) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah memaklumkan pengantaranya yang berikut:

(a) pengantara itu hendaklah membuat representasi yang benar, betul dan lengkap berkenaan dengan suatu manfaat dilindungi;

(b) pengantara itu hendaklah tidak menggambarkan mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sebagai seorang anggota Perbadanan; dan

(c) kehendak peraturan 7, 8, 9, 11 dan apa-apa kehendak lain Peraturan-Peraturan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

Latihan

  1. (1) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah melatih ejen takaful, ejen insuransnya dan kakitangannya yang berurusan secara langsung dengan pelanggan atau bakal pelanggan untuk pemasaran atau jualan apa-apa produk takaful atau insurans, mengenai sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, termasuk skop perlindungan dan had manfaat dilindungi.

(2) Bagi maksud subperaturan (1), suatu anggota penanggung insurans hendaklah menyediakan sesi latihan kepada ejen takaful, ejen insurans dan kakitangan itu mengikut kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(3) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah menyediakan sesi latihan kepada pengantaranya mengikut kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

Semakan tahunan

  1. Suatu anggota penanggung insurans hendaklah menjalankan suatu semakan tahunan pematuhannya dan pematuhan oleh ejen takaful dan ejen insuransnya dengan peruntukan Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai semakan pematuhan itu kepada Perbadanan mengikut kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011

MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (PROVISION OF INFORMATION ON TAKAFUL AND INSURANCE BENEFITS PROTECTION) REGULATIONS 2022

IN exercise of the powers conferred by section 209 of the Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 [Act 720], the Corporation, with the approval of the Minister, makes the following regulations:

Citation and commencement

  1. (1) These regulations may be cited as the Malaysia Deposit Insurance Corporation (Provision of Information on Takaful and Insurance Benefits Protection) Regulations 2022.

(2) These Regulations come into operation on 1 June 2024.

Non-application

  1. These Regulations shall not apply to Labuan insurance business or Labuan insurance-related activities under the Labuan Financial Services and Securities Act 2010 [Act 704] or Labuan takaful business or Labuan takaful-related activities under the Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 [Act 705], carried on by an insurer member.

Interpretation

  1. For the purposes of these Regulations—

“Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure” means brochure of the Corporation relating to takaful and insurance benefits protection system;

“insurance policy document” includes a contract of insurance in printed or electronic form, whether or not embodied in or evidenced by an instrument in the form of insurance policy document, but excludes a cover note, and in respect of a group policy, an individual certificate issued under the group policy;

“takaful certificate document” includes a contract of takaful in printed or electronic form, whether or not embodied in or evidenced by an instrument in the form of takaful certificate document, but excludes a takaful cover note, and in respect of a group certificate, an individual certificate issued under the group certificate;

“insurance agent” has the same meaning as defined under the Financial Services Act 2013 [Act 758] and includes bancassurance partners;

“takaful agent” has the same meaning as defined under the Islamic Financial Services Act 2013 [Act 759] and includes bancatakaful partners;

“advertisement” means the dissemination or conveying of information, invitation or solicitation, whether in printed or electronic form (including on a website, mobile application, social networking site, sponsored blog post and by way of e-mail) for the purpose of providing information on a takaful or insurance product, or promoting or offering the sale of a takaful or insurance product, including by means of—

(a) publication in newspapers, magazines, journals or other periodicals;

(b) display of banners, buntings, posters or notices; and

(c) circulars, handbills, brochures, pamphlets, product disclosure sheets, product illustrations, sales or marketing illustrations, information sheets, quotations, books or other documents,

but excluding advertisement through billboards, online promotional videos, television, radio, online banner, stationery and promotional items;

“non-member institution” means any person other than a member institution;

“intermediaries” refer to persons involved in the marketing and selling of a takaful or insurance product and include insurance brokers and financial advisers but exclude takaful agents and insurance agents;

“premises” means a principal place of business, a branch, a mobile place of business, a place of business set up and maintained for a limited period only and any other place of business in Malaysia where takaful or insurance business is carried out but excludes premises of takaful agents, insurance agents and intermediaries;

“insurance business” has the same meaning as defined under the Financial Services Act 2013;

“takaful business” has the same meaning as defined under the Islamic Financial Services Act 2013;

“call for action statements” means statements in the form and substance as specified by the Corporation, aimed to inform readers in respect of the protection under the takaful and insurance benefits protection system;

“membership representation” means a representation in the form and substance as specified by the Corporation, in respect of the status as an insurer member; and

“correspondence” includes—

(a) annual statement and annual tax statement to the certificate or policy owner of a family takaful certificate or a life insurance policy;

(b) statement to the certificate or policy owner of an investment-linked certificate or policy;

(c) renewal notice to the certificate or policy owner; and

(d) such other documents as may be specified by the Corporation.

General

  1. An insurer member shall make true, correct and complete representations with respect to—

(a) what constitutes, or does not constitute, a protected benefit; and

(b) its status as an insurer member.

Display of membership representation and Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure in premises

  1. An insurer member shall display—

(a) a membership representation provided by the Corporation prominently at the main entrance of each of its premises, in the manner and within the period as may be specified by the Corporation; and

(b) copies of the Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure prominently at each of its premises within the period as may be specified by the Corporation and shall make the copies of the Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure available to certificate or policy owners or other persons.

Display of membership representation and Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure on websites, mobile applications and accounts in social networking site

  1. (1) Where an insurer member has its own website or mobile applications, or shares a website or mobile applications with another person, the Corporation may require the insurer member to display at the website or the mobile application any of the following:

(a) a membership representation; and

(b) a hyperlink to the webpage where the Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure is displayed,

in the manner and within such period as may be specified by the Corporation.

(2) Where an insurer member has an account in any social networking site for the purpose of providing information on its takaful or insurance product or promoting or offering the sale of its takaful or insurance product, the insurer member shall display a membership representation in the manner and within such period as may be specified by the Corporation.

Display of membership representation and call for action statements in advertisements

  1. (1) An insurer member shall display on its advertisements that contain information on takaful or insurance products—

(a) a membership representation; and

(b) a call for action statement.

(2) Notwithstanding subregulation (1), where an advertisement is required by any financial regulatory authority in Malaysia, including Bank Negara Malaysia, in a prescribed format, an insurer member shall display a call for action statement in the advertisement.

(3) For the purposes of subregulations (1) and (2), the membership representation and the call for action statement shall be displayed in the manner and within the period as may be specified by the Corporation.

(4) This Regulation shall apply to any advertisement referred to in subregulations (1) and (2) that refers to—

(a) an insurer member only; or

(b) an insurer member and a non-insurer member.

Disclosure at the point of sale

  1. (1) An insurer member shall, at the point of sale, disclose and explain to the prospective certificate or policy owner, information relating to the takaful and insurance benefits protection system, including the scope of coverage and protected benefits limits.

(2) For the purposes of subregulation (1)—

(a) in relation to group certificate or policy, the prospective certificate or policy owner shall mean the prospective group certificate or policy owner;

(b) the following shall constitute the point of sale:

(i) the proposal stage and before a takaful certificate or insurance policy is issued by the insurer member to the prospective certificate or policy owner;

(ii) the proposal stage for the purchase of riders or additional takaful or insurance benefits as may be specified by the Corporation; and

(iii) where there is a change in the protection status of a takaful or insurance benefit under the takaful certificate or insurance policy; and

(c) subject to subparagraphs 2(b)(ii) and (iii), and subregulation 9(1), the process of renewing a contract of takaful or contract of insurance shall not be treated as the point of sale.

Existing takaful certificate or insurance policy issued before the effective date of these Regulations

  1. (1) In relation to an existing takaful certificate or insurance policy issued by an insurer member before the effective date of these Regulations (referred to in these Regulations as “Existing Certificate or Policy”) and the Existing Certificate or Policy is a yearly renewable takaful certificate or insurance policy, the insurer member shall disclose and explain to the certificate or policy owner, information relating to the takaful and insurance benefits protection system, including the scope of coverage and protected benefits limits, at the following time:

(a) at the first renewal of the Existing Certificate or Policy;

(b) subsequent to the first renewal, at the proposal stage for the purchase of riders or additional takaful or insurance benefits as may be specified by the Corporation; and

(c) subsequent to the first renewal, where there is a change in the protection status of a takaful or insurance benefit under the Existing Certificate or Policy.

(2) In relation to an Existing Certificate or Policy other than a yearly renewable takaful certificate or insurance policy—

(a) the insurer member shall send a one-time notification statement relating to the takaful and insurance benefits protection system in the form, substance and within such period as may be specified by the Corporation to the certificate or policy owner, and shall request the certificate or policy owner to refer to the Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure at the insurer member’s premises or website, or the Corporation’s website;

(b) the notification to the certificate or policy owner referred to in paragraph (a) does not include publication in newspapers or other modes of mass communications or placements of notices in the insurer member’s premises or website; and

(c) notwithstanding the issuance of the notification referred to in paragraph (a) and during the period of the Existing Certificate or Policy, the insurer member shall disclose and explain to the certificate or policy owner, information relating to the takaful and insurance benefits protection system, including the scope of coverage and protected benefits limits, at the following time:

(i) at the proposal stage for the purchase of riders or additional takaful or insurance benefits as may be specified by the Corporation; and

(ii) where there is a change in the protection status of a takaful or insurance benefit under the Existing Certificate or Policy.

Call for action statement in correspondences, takaful certificate documents and insurance policy documents

  1. An insurer member shall include a call for action statement—

(a) in its correspondences to be issued to the certificate or policy owners; and

(b) in its takaful certificate documents or insurance policy documents to be issued to the certificate or policy owners,

in such manner and within such period as may be specified by the Corporation.

Existing supplies of advertisements, correspondences, takaful certificate documents and insurance policy documents

  1. (1) An insurer member shall comply with the requirements of regulations 7 and 10, as the case may be, on its existing supplies of advertisements, correspondences, takaful certificate documents and insurance policy documents.

(2) For the purposes of subregulation (1), an insurer member may affix a stamp or a sticker bearing a call for action statement on any of its existing supplies of advertisements, correspondences, takaful certificate documents and insurance policy documents.

Takaful agents, insurance agents and intermediaries

  1. (1) An insurer member shall ensure that its takaful agents or insurance agents—

(a) comply with the requirements of paragraph 4(a), regulations 7, 8, 9, 11 and any other requirements of these Regulations as may be specified by the Corporation; and

(b) make adequate and accurate disclosure that they are takaful agents or insurance agents of the insurer member and the insurer member shall ensure that the takaful agents or insurance agents that are non-member institutions do not represent themselves, whether directly or indirectly, as a member of the Corporation.

(2) An insurer member shall inform its intermediaries of the following:

(a) the intermediaries shall make true, correct and complete representations with respect to a protected benefit;

(b) the intermediaries shall not represent themselves, whether directly or indirectly, as a member of the Corporation; and

(c) the requirements of regulations 7, 8, 9, 11 and any other requirements of these Regulations as may be specified by the Corporation.

Training

  1. (1) An insurer member shall train its takaful agents, insurance agents and its personnel who deal directly with customers or prospective customers for the marketing or selling of any takaful or insurance products, on the takaful and insurance benefits protection system, including the scope of coverage and protected benefits limits.

(2) For the purposes of subregulation (1), an insurer member shall provide training sessions to the takaful agents, insurance agents and personnel in accordance with the requirements as may be specified by the Corporation.

(3) An insurer member shall provide training sessions to its intermediaries in accordance with the requirements as may be specified by the Corporation.

Annual review

  1. An insurer member shall conduct an annual review of its compliance and compliance by its takaful agents and insurance agents with the provisions of these Regulations and shall submit a report of the compliance review to the Corporation in accordance with requirements as may be specified by the Corporation.
# PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI PERLINDUNGAN MANFAAT TAKAFUL DAN INSURANS) 2022

# MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (PROVISION OF INFORMATION ON TAKAFUL AND INSURANCE BENEFITS PROTECTION) REGULATIONS 2022

AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA 2011

PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI PERLINDUNGAN MANFAAT TAKAFUL DAN INSURANS) 2022

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 209 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720], Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang berikut:

### Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Peruntukan Maklumat mengenai Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans) 2022.

(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2024.

### Ketidakpakaian

2. Peraturan-Peraturan ini tidak terpakai kepada perniagaan insurans Labuan atau aktiviti berkaitan insurans Labuan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] atau perniagaan takaful Labuan atau aktiviti berkaitan takaful Labuan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705], yang dijalankan oleh suatu anggota penanggung insurans.

### Tafsiran

3. Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini—

“Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans” ertinya brosur Perbadanan yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans;

“dokumen polisi insurans” termasuklah suatu kontrak insurans dalam bentuk bercetak atau elektronik, sama ada atau tidak terkandung dalam atau ditunjukkan oleh suatu surat cara dalam bentuk dokumen polisi insurans, tetapi tidak termasuk suatu nota perlindungan, dan berkenaan dengan suatu polisi kumpulan, suatu sijil individu yang dikeluarkan di bawah polisi kumpulan itu;

“dokumen sijil takaful” termasuk suatu kontrak takaful dalam bentuk bercetak atau elektronik, sama ada atau tidak terkandung dalam atau ditunjukkan oleh suatu surat cara dalam bentuk dokumen sijil takaful, tetapi tidak termasuk suatu nota perlindungan takaful, dan berkenaan dengan suatu sijil kumpulan, suatu sijil individu yang dikeluarkan di bawah sijil kumpulan itu;

“ejen insurans” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan termasuk rakan kongsi bankasurans;

“ejen takaful” mempunyai erti yang sama sebagaimana ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] dan termasuk rakan kongsi bankatakaful;

“iklan” ertinya penyebaran atau penyampaian maklumat, pelawaan atau permintaan, sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik (termasuk pada laman sesawang, aplikasi mudah alih, laman rangkaian sosial, rencana blog yang ditaja dan melalui e-mel) bagi maksud memberikan maklumat mengenai suatu produk takaful atau insurans, atau mempromosikan atau menawarkan jualan suatu produk takaful atau insurans, termasuk melalui—

(a) penyiaran dalam akhbar, majalah, jurnal atau terbitan berkala lain;

(b) pameran sepanduk, panji-panji, poster atau notis; dan

(c) pekeliling, surat sebaran, brosur, risalah, lembaran penzahiran produk, ilustrasi produk, ilustrasi jualan atau pemasaran, lembaran maklumat, sebut harga, buku atau dokumen lain,

tetapi tidak termasuk iklan melalui papan iklan, promosi video dalam talian, televisyen, radio, sepanduk dalam talian, alat tulis dan barang promosi;

“bukan institusi anggota” ertinya mana-mana orang selain suatu institusi anggota;

“pengantara” merujuk kepada orang yang terlibat dalam pemasaran dan jualan suatu produk takaful atau insurans dan termasuk broker insurans dan penasihat kewangan tetapi tidak termasuk ejen takaful dan ejen insurans;

“premis” ertinya suatu tempat perniagaan utama, suatu cawangan, suatu tempat perniagaan bergerak, suatu tempat perniagaan yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi suatu tempoh terhad sahaja dan mana-mana tempat perniagaan lain di Malaysia yang perniagaan takaful atau insurans dijalankan tetapi tidak termasuk premis ejen takaful, ejen insurans dan pengantara;

“perniagaan insurans” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

“perniagaan takaful” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

“pernyataan gesaan bertindak” ertinya pernyataan dalam bentuk dan kandungan yang ditentukan oleh Perbadanan, bertujuan untuk memaklumkan pembaca berkenaan dengan perlindungan di bawah sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans;

“representasi keanggotaan” ertinya suatu representasi dalam bentuk dan kandungan yang ditentukan oleh Perbadanan, berkenaan dengan status sebagai suatu anggota penanggung insurans; dan

“surat-menyurat” termasuk—

(a) penyata tahunan dan penyata cukai tahunan kepada pemunya sijil atau polisi suatu sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat;

(b) penyata kepada pemunya sijil atau polisi suatu sijil atau polisi berkaitan pelaburan;

(c) notis pembaharuan kepada pemunya sijil atau polisi; dan

(d) apa-apa dokumen lain yang ditentukan oleh Perbadanan.

### Am

4. Suatu anggota penanggung insurans hendaklah membuat representasi yang benar, betul dan lengkap berkenaan dengan—

(a) perkara yang menjadi, atau tidak menjadikan, suatu manfaat dilindungi; dan

(b) statusnya sebagai suatu anggota penanggung insurans.

### Mempamerkan representasi keanggotaan dan Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans dalam premis

5. Suatu anggota penanggung insurans hendaklah mempamerkan—

(a) suatu representasi keanggotaan yang disediakan oleh Perbadanan secara ketara di pintu masuk utama setiap premisnya, dalam apa-apa cara dan tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(b) salinan Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans secara ketara di setiap premisnya dalam tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan dan hendaklah menyediakan salinan Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans itu kepada pemunya sijil atau polisi atau orang lain.

### Mempamerkan representasi keanggotaan dan Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans pada laman sesawang, aplikasi mudah alih dan akaun dalam laman rangkaian sosial

6. (1) Apabila suatu anggota penanggung insurans mempunyai laman sesawang atau aplikasi mudah alihnya sendiri, atau berkongsi suatu laman sesawang atau aplikasi mudah alih dengan orang lain, Perbadanan boleh menghendaki anggota penanggung insurans itu untuk mempamerkan pada laman sesawang atau aplikasi mudah alih itu mana-mana yang berikut:

(a) suatu representasi keanggotaan; dan

(b) suatu hiperpautan kepada halaman sesawang yang Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans itu dipamerkan,

dalam apa-apa cara dan tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(2) Apabila suatu anggota penanggung insurans mempunyai suatu akaun di mana-mana laman rangkaian sosial bagi maksud memberikan maklumat mengenai produk takaful atau insuransnya atau mempromosikan atau menawarkan jualan produk takaful atau insuransnya, anggota penanggung insurans itu hendaklah mempamerkan suatu representasi keanggotaan dalam apa-apa cara dan tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan.

### Mempamerkan representasi keanggotaan dan pernyataan gesaan bertindak dalam iklan

7. (1) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah mempamerkan dalam iklannya yang mengandungi maklumat mengenai produk takaful atau insurans—

(a) suatu representasi keanggotaan; dan

(b) suatu pernyataan gesaan bertindak.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), apabila suatu iklan dikehendaki oleh mana-mana pihak berkuasa pengawal selia kewangan di Malaysia, termasuk Bank Negara Malaysia, dalam suatu format yang ditetapkan, suatu anggota penanggung insurans hendaklah mempamerkan suatu pernyataan gesaan bertindak dalam iklan itu.

(3) Bagi maksud subperaturan (1) dan (2), representasi keanggotaan dan pernyataan gesaan bertindak itu hendaklah dipamerkan dalam apa-apa cara dan tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(4) Peraturan ini hendaklah terpakai kepada apa-apa iklan yang disebut dalam subperaturan (1) dan (2) yang merujuk kepada—

(a) suatu anggota penanggung insurans sahaja; atau

(b) suatu anggota penanggung insurans dan bukan suatu anggota penanggung insurans.

### Penzahiran pada masa jualan

8. (1) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah, pada masa jualan, menzahirkan dan menerangkan kepada bakal pemunya sijil atau polisi, maklumat yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, termasuk skop perlindungan dan had manfaat dilindungi.

(2) Bagi maksud subperaturan (1)—

(a) berhubung dengan sijil atau polisi kumpulan, bakal pemunya sijil atau polisi ertinya bakal pemunya sijil atau polisi kumpulan itu;

(b) yang berikut hendaklah menjadi masa jualan itu:

(i) peringkat cadangan dan sebelum suatu sijil takaful atau polisi insurans dikeluarkan oleh anggota penanggung insurans kepada bakal pemunya sijil atau polisi itu;

(ii) peringkat cadangan bagi pembelian rider atau manfaat takaful atau insurans tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(iii) apabila terdapat suatu perubahan dalam status perlindungan suatu manfaat takaful atau insurans di bawah sijil takaful atau polisi insurans itu; dan

(c) tertakluk kepada subperenggan 2(b)(ii) dan (iii), dan subperaturan 9(1), proses memperbaharui suatu kontrak takaful atau kontrak insurans tidak boleh dianggap sebagai pada masa jualan itu.

### Sijil takaful atau polisi insurans sedia ada yang telah dikeluarkan sebelum tarikh kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini

9. (1) Berhubung dengan suatu sijil takaful atau polisi insurans sedia ada yang telah dikeluarkan oleh suatu anggota penanggung insurans sebelum tarikh kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini (yang disebut dalam Peraturan-Peraturan ini sebagai “Sijil atau Polisi Sedia Ada”) dan Sijil atau Polisi Sedia Ada itu adalah suatu sijil takaful atau polisi insurans yang boleh diperbaharui setiap tahun, anggota penanggung insurans itu hendaklah menzahirkan dan menerangkan kepada pemunya sijil atau polisi, maklumat yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, termasuk skop perlindungan dan had manfaat dilindungi, pada masa yang berikut:

(a) pada pembaharuan pertama Sijil atau Polisi Sedia Ada itu;

(b) selepas pembaharuan pertama, pada peringkat cadangan bagi pembelian rider atau manfaat takaful atau insurans tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(c) selepas pembaharuan pertama, apabila terdapat suatu perubahan dalam status perlindungan suatu manfaat takaful atau insurans di bawah Sijil atau Polisi Sedia Ada itu.

(2) Berhubung dengan suatu Sijil atau Polisi Sedia Ada selain suatu sijil takaful atau polisi insurans yang boleh diperbaharui setiap tahun—

(a) anggota penanggung insurans hendaklah menghantar suatu penyata pemberitahuan sekali yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans dalam bentuk, kandungan dan dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Perbadanan kepada pemunya sijil atau polisi, dan hendaklah meminta pemunya sijil atau polisi untuk merujuk kepada Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans di premis atau laman sesawang anggota penanggung insurans itu, atau laman sesawang Perbadanan;

(b) pemberitahuan kepada pemunya sijil atau polisi yang disebut dalam perenggan (a) itu tidaklah termasuk penyiaran dalam akhbar atau cara komunikasi massa yang lain atau perletakan notis di premis atau laman sesawang anggota penanggung insurans itu; dan

(c) walau apa pun pengeluaran pemberitahuan yang disebut dalam perenggan (a) dan semasa tempoh Sijil atau Polisi Sedia Ada itu, anggota penanggung insurans itu hendaklah menzahirkan dan menerangkan kepada pemunya sijil atau polisi, maklumat yang berhubungan dengan sistem perlindungan manfaat takaful atau insurans, termasuk skop perlindungan dan had manfaat dilindungi, pada masa yang berikut:

(i) pada peringkat cadangan untuk pembelian rider atau manfaat takaful atau insurans tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(ii) apabila terdapat suatu perubahan dalam status perlindungan suatu manfaat takaful atau insurans di bawah Sijil atau Polisi Sedia Ada itu.

### Pernyataan gesaan bertindak dalam surat-menyurat, dokumen sijil takaful dan dokumen polisi insurans

10. Suatu anggota penanggung insurans hendaklah memasukkan suatu pernyataan gesaan bertindak—

(a) dalam surat-menyuratnya yang dikeluarkan kepada pemunya sijil atau polisi; dan

(b) dalam dokumen sijil takaful atau dokumen polisi insuransnya yang dikeluarkan kepada pemunya sijil atau polisi,

dalam apa-apa cara dan tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

### Bekalan iklan, surat-menyurat, dokumen sijil takaful dan dokumen polisi insurans sedia ada

11. (1) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah mematuhi kehendak peraturan 7 dan 10, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada bekalan iklan, surat-menyurat, dokumen sijil takaful dan dokumen polisi insuransnya yang sedia ada.

(2) Bagi maksud subperaturan (1), suatu anggota penanggung insurans boleh menampalkan suatu cap atau suatu pelekat yang mengandungi suatu pernyataan gesaan bertindak pada mana-mana bekalan iklan, surat-menyurat, dokumen sijil takaful dan dokumen polisi insuransnya yang sedia ada.

### Ejen takaful, ejen insurans dan pengantara

12. (1) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah memastikan ejen takaful atau ejen insuransnya—

(a) mematuhi kehendak perenggan 4(a), peraturan 7, 8, 9, 11 dan apa-apa kehendak lain Peraturan-Peraturan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(b) membuat penzahiran yang mencukupi dan tepat bahawa mereka adalah ejen takaful atau ejen insurans anggota penanggung insurans itu dan anggota penanggung insurans itu hendaklah memastikan bahawa ejen takaful atau ejen insurans yang bukan institusi anggota tidak menggambarkan diri mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sebagai seorang anggota Perbadanan.

(2) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah memaklumkan pengantaranya yang berikut:

(a) pengantara itu hendaklah membuat representasi yang benar, betul dan lengkap berkenaan dengan suatu manfaat dilindungi;

(b) pengantara itu hendaklah tidak menggambarkan mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sebagai seorang anggota Perbadanan; dan

(c) kehendak peraturan 7, 8, 9, 11 dan apa-apa kehendak lain Peraturan-Peraturan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

### Latihan

13. (1) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah melatih ejen takaful, ejen insuransnya dan kakitangannya yang berurusan secara langsung dengan pelanggan atau bakal pelanggan untuk pemasaran atau jualan apa-apa produk takaful atau insurans, mengenai sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans, termasuk skop perlindungan dan had manfaat dilindungi.

(2) Bagi maksud subperaturan (1), suatu anggota penanggung insurans hendaklah menyediakan sesi latihan kepada ejen takaful, ejen insurans dan kakitangan itu mengikut kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(3) Suatu anggota penanggung insurans hendaklah menyediakan sesi latihan kepada pengantaranya mengikut kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

### Semakan tahunan

14. Suatu anggota penanggung insurans hendaklah menjalankan suatu semakan tahunan pematuhannya dan pematuhan oleh ejen takaful dan ejen insuransnya dengan peruntukan Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai semakan pematuhan itu kepada Perbadanan mengikut kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

---

# MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011

# MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (PROVISION OF INFORMATION ON TAKAFUL AND INSURANCE BENEFITS PROTECTION) REGULATIONS 2022

IN exercise of the powers conferred by section 209 of the Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011 [Act 720], the Corporation, with the approval of the Minister, makes the following regulations:

### Citation and commencement

1. (1) These regulations may be cited as the Malaysia Deposit Insurance Corporation (Provision of Information on Takaful and Insurance Benefits Protection) Regulations 2022.

(2) These Regulations come into operation on 1 June 2024.

### Non-application

2. These Regulations shall not apply to Labuan insurance business or Labuan insurance-related activities under the Labuan Financial Services and Securities Act 2010 [Act 704] or Labuan takaful business or Labuan takaful-related activities under the Labuan Islamic Financial Services and Securities Act 2010 [Act 705], carried on by an insurer member.

### Interpretation

3. For the purposes of these Regulations—

“Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure” means brochure of the Corporation relating to takaful and insurance benefits protection system;

“insurance policy document” includes a contract of insurance in printed or electronic form, whether or not embodied in or evidenced by an instrument in the form of insurance policy document, but excludes a cover note, and in respect of a group policy, an individual certificate issued under the group policy;

“takaful certificate document” includes a contract of takaful in printed or electronic form, whether or not embodied in or evidenced by an instrument in the form of takaful certificate document, but excludes a takaful cover note, and in respect of a group certificate, an individual certificate issued under the group certificate;

“insurance agent” has the same meaning as defined under the Financial Services Act 2013 [Act 758] and includes bancassurance partners;

“takaful agent” has the same meaning as defined under the Islamic Financial Services Act 2013 [Act 759] and includes bancatakaful partners;

“advertisement” means the dissemination or conveying of information, invitation or solicitation, whether in printed or electronic form (including on a website, mobile application, social networking site, sponsored blog post and by way of e-mail) for the purpose of providing information on a takaful or insurance product, or promoting or offering the sale of a takaful or insurance product, including by means of—

(a) publication in newspapers, magazines, journals or other periodicals;

(b) display of banners, buntings, posters or notices; and

(c) circulars, handbills, brochures, pamphlets, product disclosure sheets, product illustrations, sales or marketing illustrations, information sheets, quotations, books or other documents,

but excluding advertisement through billboards, online promotional videos, television, radio, online banner, stationery and promotional items;

“non-member institution” means any person other than a member institution;

“intermediaries” refer to persons involved in the marketing and selling of a takaful or insurance product and include insurance brokers and financial advisers but exclude takaful agents and insurance agents;

“premises” means a principal place of business, a branch, a mobile place of business, a place of business set up and maintained for a limited period only and any other place of business in Malaysia where takaful or insurance business is carried out but excludes premises of takaful agents, insurance agents and intermediaries;

“insurance business” has the same meaning as defined under the Financial Services Act 2013;

“takaful business” has the same meaning as defined under the Islamic Financial Services Act 2013;

“call for action statements” means statements in the form and substance as specified by the Corporation, aimed to inform readers in respect of the protection under the takaful and insurance benefits protection system;

“membership representation” means a representation in the form and substance as specified by the Corporation, in respect of the status as an insurer member; and

“correspondence” includes—

(a) annual statement and annual tax statement to the certificate or policy owner of a family takaful certificate or a life insurance policy;

(b) statement to the certificate or policy owner of an investment-linked certificate or policy;

(c) renewal notice to the certificate or policy owner; and

(d) such other documents as may be specified by the Corporation.

### General

4. An insurer member shall make true, correct and complete representations with respect to—

(a) what constitutes, or does not constitute, a protected benefit; and

(b) its status as an insurer member.

### Display of membership representation and Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure in premises

5. An insurer member shall display—

(a) a membership representation provided by the Corporation prominently at the main entrance of each of its premises, in the manner and within the period as may be specified by the Corporation; and

(b) copies of the Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure prominently at each of its premises within the period as may be specified by the Corporation and shall make the copies of the Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure available to certificate or policy owners or other persons.

### Display of membership representation and Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure on websites, mobile applications and accounts in social networking site

6. (1) Where an insurer member has its own website or mobile applications, or shares a website or mobile applications with another person, the Corporation may require the insurer member to display at the website or the mobile application any of the following:

(a) a membership representation; and

(b) a hyperlink to the webpage where the Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure is displayed,

in the manner and within such period as may be specified by the Corporation.

(2) Where an insurer member has an account in any social networking site for the purpose of providing information on its takaful or insurance product or promoting or offering the sale of its takaful or insurance product, the insurer member shall display a membership representation in the manner and within such period as may be specified by the Corporation.

### Display of membership representation and call for action statements in advertisements

7. (1) An insurer member shall display on its advertisements that contain information on takaful or insurance products—

(a) a membership representation; and

(b) a call for action statement.

(2) Notwithstanding subregulation (1), where an advertisement is required by any financial regulatory authority in Malaysia, including Bank Negara Malaysia, in a prescribed format, an insurer member shall display a call for action statement in the advertisement.

(3) For the purposes of subregulations (1) and (2), the membership representation and the call for action statement shall be displayed in the manner and within the period as may be specified by the Corporation.

(4) This Regulation shall apply to any advertisement referred to in subregulations (1) and (2) that refers to—

(a) an insurer member only; or

(b) an insurer member and a non-insurer member.

### Disclosure at the point of sale

8. (1) An insurer member shall, at the point of sale, disclose and explain to the prospective certificate or policy owner, information relating to the takaful and insurance benefits protection system, including the scope of coverage and protected benefits limits.

(2) For the purposes of subregulation (1)—

(a) in relation to group certificate or policy, the prospective certificate or policy owner shall mean the prospective group certificate or policy owner;

(b) the following shall constitute the point of sale:

(i) the proposal stage and before a takaful certificate or insurance policy is issued by the insurer member to the prospective certificate or policy owner;

(ii) the proposal stage for the purchase of riders or additional takaful or insurance benefits as may be specified by the Corporation; and

(iii) where there is a change in the protection status of a takaful or insurance benefit under the takaful certificate or insurance policy; and

(c) subject to subparagraphs 2(b)(ii) and (iii), and subregulation 9(1), the process of renewing a contract of takaful or contract of insurance shall not be treated as the point of sale.

### Existing takaful certificate or insurance policy issued before the effective date of these Regulations

9. (1) In relation to an existing takaful certificate or insurance policy issued by an insurer member before the effective date of these Regulations (referred to in these Regulations as “Existing Certificate or Policy”) and the Existing Certificate or Policy is a yearly renewable takaful certificate or insurance policy, the insurer member shall disclose and explain to the certificate or policy owner, information relating to the takaful and insurance benefits protection system, including the scope of coverage and protected benefits limits, at the following time:

(a) at the first renewal of the Existing Certificate or Policy;

(b) subsequent to the first renewal, at the proposal stage for the purchase of riders or additional takaful or insurance benefits as may be specified by the Corporation; and

(c) subsequent to the first renewal, where there is a change in the protection status of a takaful or insurance benefit under the Existing Certificate or Policy.

(2) In relation to an Existing Certificate or Policy other than a yearly renewable takaful certificate or insurance policy—

(a) the insurer member shall send a one-time notification statement relating to the takaful and insurance benefits protection system in the form, substance and within such period as may be specified by the Corporation to the certificate or policy owner, and shall request the certificate or policy owner to refer to the Takaful and Insurance Benefits Protection System Brochure at the insurer member’s premises or website, or the Corporation’s website;

(b) the notification to the certificate or policy owner referred to in paragraph (a) does not include publication in newspapers or other modes of mass communications or placements of notices in the insurer member’s premises or website; and

(c) notwithstanding the issuance of the notification referred to in paragraph (a) and during the period of the Existing Certificate or Policy, the insurer member shall disclose and explain to the certificate or policy owner, information relating to the takaful and insurance benefits protection system, including the scope of coverage and protected benefits limits, at the following time:

(i) at the proposal stage for the purchase of riders or additional takaful or insurance benefits as may be specified by the Corporation; and

(ii) where there is a change in the protection status of a takaful or insurance benefit under the Existing Certificate or Policy.

### Call for action statement in correspondences, takaful certificate documents and insurance policy documents

10. An insurer member shall include a call for action statement—

(a) in its correspondences to be issued to the certificate or policy owners; and

(b) in its takaful certificate documents or insurance policy documents to be issued to the certificate or policy owners,

in such manner and within such period as may be specified by the Corporation.

### Existing supplies of advertisements, correspondences, takaful certificate documents and insurance policy documents

11. (1) An insurer member shall comply with the requirements of regulations 7 and 10, as the case may be, on its existing supplies of advertisements, correspondences, takaful certificate documents and insurance policy documents.

(2) For the purposes of subregulation (1), an insurer member may affix a stamp or a sticker bearing a call for action statement on any of its existing supplies of advertisements, correspondences, takaful certificate documents and insurance policy documents.

### Takaful agents, insurance agents and intermediaries

12. (1) An insurer member shall ensure that its takaful agents or insurance agents—

(a) comply with the requirements of paragraph 4(a), regulations 7, 8, 9, 11 and any other requirements of these Regulations as may be specified by the Corporation; and

(b) make adequate and accurate disclosure that they are takaful agents or insurance agents of the insurer member and the insurer member shall ensure that the takaful agents or insurance agents that are non-member institutions do not represent themselves, whether directly or indirectly, as a member of the Corporation.

(2) An insurer member shall inform its intermediaries of the following:

(a) the intermediaries shall make true, correct and complete representations with respect to a protected benefit;

(b) the intermediaries shall not represent themselves, whether directly or indirectly, as a member of the Corporation; and

(c) the requirements of regulations 7, 8, 9, 11 and any other requirements of these Regulations as may be specified by the Corporation.

### Training

13. (1) An insurer member shall train its takaful agents, insurance agents and its personnel who deal directly with customers or prospective customers for the marketing or selling of any takaful or insurance products, on the takaful and insurance benefits protection system, including the scope of coverage and protected benefits limits.

(2) For the purposes of subregulation (1), an insurer member shall provide training sessions to the takaful agents, insurance agents and personnel in accordance with the requirements as may be specified by the Corporation.

(3) An insurer member shall provide training sessions to its intermediaries in accordance with the requirements as may be specified by the Corporation.

### Annual review

14. An insurer member shall conduct an annual review of its compliance and compliance by its takaful agents and insurance agents with the provisions of these Regulations and shall submit a report of the compliance review to the Corporation in accordance with requirements as may be specified by the Corporation.

Change History

No changes detected for this document.

Changes will appear when the scraper detects modifications.